Wednesday, May 08, 2013

SAY NO TO RACIST!

Asalamualaikum.



Sejak dua tiga hari atau tepatnya sejak tamat pilihanraya, isu racist dah semakin berleluasa.



Media seolah-seolah nak memblow up kan isu ini. Nak sangat peristiwa 13 Mei berulang kembali ke?







Kata 1MALAYSIA? kenapa? dah hilang ke? atau sekarang ni 1 MALAYSIA dah tinggal kaum melayu dan India je ke? kaum Cina? tiba-tiba teringat satu iklan masa tahun baru cina hari tu. nampak sangat semangat 1MALAYSIA tu kan? kan? tapi sekarang? hurm.


Sepatutnya, mereka kembali muhasabah diri kenapa sokongan kaum Cina dah semakin berkurangan terhadap BN? dan kenapa sekarang Undi beralih kepada Pakatan. Pakatan Ok. Bukan Parti Keadilan.



Please lah. Jangan timbulkan isu racist. Media pun satu. boleh tak bersikap adil? jangan hanya cover satu pihak je. jangan hanya dengar dari satu sumber je. media sebagai satu bentuk komunikasi rakyat. jadi tolonglah adil. Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.



Sekarang ni, rumah pon dah siap. tapi pahat masih berbunyi. ramai yang tak puas hati dengan sistem pilihanraya kali ini. mula dari isu pengundi hantu sampailah ke isu Blackout. dan bahkan ada yang melabel bahwa pilihanraya kali ini adalah salah satu dari tujuh keajaiban dunia. hahaha. sarkastik.


Bagi saya personal, if pilihanraya kali ini tak telus. tak jujur. TUNJUKKAN bukti. Bukan BUAT-BUAT bukti. kalau perlu buat petisyen. Bawa pergi mahkamah. jangan hanya lantang di media sosial tapi habuk pun tak da. Kalau Pakatan di pihak yang benar, Insyaallah menang. begitu juga sebaliknya. bukan begitu?




Jika ramai wakil dari MCA yang menang kursi pilihanraya ni. agak-agak akan timbul tak isu racist??? Fikir-fikirkan dan selamat beramal..



SAY NO TO RACIST,
Ida






Tuesday, April 30, 2013

Rainbow After The Rain

 Asalamualaikum.


 
Sumber Sini


Siapa yang TAK PERNAH  patah hati? Putus Cinta? Di hina kerana kekurangan diri? tak memiliki apa yang diinginkan?


Orang bijak pernah berkata, hidup di dunia ini kita pasti akan bertemu dengan pahit dan manisnya bermacam perkara. Selalunya kita akan bertemu dengan perkara yang pahit terlebih dahulu sehingga membuat hati menangis dan merintih pilu.


Contohnya, kita bercinta dengan orang yang sama selama bertahun-tahun. merancang untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat. tapi sayangnya, bukan dia pilihan ALLAH untuk kita. dia memilih untuk meneruskan hidup dengan wanita lain. tinggallah kita sendiri menyesali nasib. sampai bila??



Tetapi, Yakin dan percayalah bahwa perkara-perkara pahit ini bukan untuk selamanya. Namun, perkara ini adalah tiang kukuh yang akan menjadikan kita kuat dan akhirnya kita akan berterima kasih pada ALLAH kerana kita dapat menikmati akan makna kemanisan hidup.

***

Selalunya, kita akan menyalahkan Allah kalau kita mengalami peristiwa yang sedih dan membuat hati kecewa. Tu belum lagi bila kita nak kan sesuatu tapi kita tak pernah mendapatkannya. Sakitnya hati. kenapa Takdir macamni? kita jumpa seseorang. suka dan jatuh cinta. tapi kita tak boleh memilikinya.


Kadang-kadang perkara macamni akan membuat kita merasa kita adalah orang yang paling malang dalam dunia ni.


Tapi, cuba kita lihat lebih rinci lagi dari semua kejadian pahit yang pernah kita alami. berapa banyak pelajaran yang telah kita perolehi. kita belajar erti kesabaran, rasa syukur dan belajar mengenali karakter orang lain. Dan semua pelajaran ni MAHAL harganya. kita tak pernah tahu apa hikmah disetiap kejadian pahit yang kita alami. tapi apa yang kita tahu, hikmah itu sangat manis.


Dulu saya pernah berhenti kerja. dan rasa susah juga nak dapat kerja baru yang sesuai dengan hati. time tu rasa macam, aduhai.. menyesalnya aku berhenti. bukan senang nak dapat kerja baru. Tetapi bila saya fikir balik, dulu saya selalu pulang rumah dengan rasa lelah, penat dan selalu mengeluh. mungkin rasa stress yang menggunung. Dan akhirnya, sekarang saya tengah menikmati hidup dan kerjaya saya di tempat yang baru. Terima kasih wahai tempat kerjaku yang lama.
 

Dan kalau kita pernah kehilangan sesuatu barang kesayangan, kita akan belajar untuk lebih berhati-hati. Lebih mensyukuri sesuatu yang kadang-kadang kita remehkan.


Masih banyak onak dan duri yang akan kita temui di sepanjang perjalanan hidup ini nantinya. Tetap yakin dan percaya, bahawa akan selalu ada pelangi setelah hujan. 

inspirasi dari: Sini 



Have a nice day,
Ida 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...