Friday, May 18, 2012

RESEPI: KEK KEJU OREO

Asalamualaikum..

Harini  aku nak kongsi resepi boleh?? maybe korang nak guna pakai resepi ni untuk weekend ni nanti kan??..

actually, gambar ni semua adalah hasil kerja tangan aku dan officemate aku time rehat tadi. hancur luluh lantak pantry tu kami kerjakan. hanya dengan bemodalkan blender.. taraaaaaaaa... siap sudah! 

Balik nanti dah boleh bagi sorang sorang..





KEK KEJU OREO (OREO CHEESE CAKE)
Sumber: Majalah Saji Mei 2012 (Azlita Aziz)

Bahan-bahan:
1 keping kek span coklat (saiz 8") *aku tukar gi Brownies*
250g krim keju (suhu bilik) *guna Tantura sahaja*
100g coklat masakan putih - cairkan secara double boiler
15g serbuk gelatin - larutkan dalam air hingga kembang
1 paket biskut oreo
80g gula castor
250g krim putar 
50ml air
1 sudu teh esen vanilla *aku tukar gi orange paste- fuh wangi je*


CARA - CARA MEMBUATNYA:
1. Mula - mula panaskan gelatin secara double boiler hingga larut. Kemudian pukul krim keju dan gula castor hingga lembut dan berkrim.
2. Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju diikuti pula dengan gelatin dan kacau hingga sebati. Tambahkan sedikit esen vanilla dan kacau adunan hingga sempurna.
3. Dalam bekas lain, pukul krim putar hingga gebu dan kental. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi. Kaup balik adunan hingga rata.
4. Tambahkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
5. Sediakan loyang/spring form bulat berukuran 8". Masukkan kepingan kek span coklat di dasarnya.
6. Paipkan satu lapis adunan tadi di atas kek span. Kemudian susunkan kepingan biskut oreo.
7. Ulang semula secara berselang-seli sehingga adunan habis.Ratakan permukaannya.
8. Simpan dalam peti sejuk sekurang - kurangnya 4 jam. Akhir sekali, hias mengikut kreativiti masing - masing.

Mudahkan....semua boleh buat..bagi penggemar cheese cake, memang tak salah untuk mencuba sebab rasanya sangat sedap...(abaikan timbang yang ada dirumah ada untuk menikmati kek ini tanpa rasa bersalah)..hihihi...


Brownies ni aku buat kat rumah semalam.. saja je nak tukar base oreo tu gi rasa brownies.. takkan semua nak biskut oreo kan?? hehehehe.. so? selamat mencuba! 


Have a Nice day!