Friday, November 23, 2012

RESEPI : JAGUNG CREPE & FILLING CREAM KASTARD

Asalamualaikum


Sejak akhir-akhir ni, demam Durian Crepe dah melanda dah.. Bukak FB je, ade iklan Durian Crepe.. Bukak Blog je, berlambak orang share resepi Durian Crepe.. haih! taulah musim durian kan.. 


semalam, bukak blog Cik Epal Gojes kite tu pon siap share resepi Durian crepe Ko.. hamboiii! tengok Crepe yang gebu-gebu tu konfem terliur sudah.. tu mesti letak banyak filling kat dalam tu kan Cik Epal?? nyuummmyylicious! tengok pon dah lapar.. aduhai!


tapi kali ni aku nak share kan resepi crepe jugak (tak nak tertinggal keretapi). but kali ni kita buat Jagung Crepe pulak. tukar selera katakan.. actually, kalau nak buat mango crepe, cempedak or nangka pon boleh.. buat je ikut sedap mulut dan tekak kita yang nak makan ni.. janji tak sampai keracunan makan sudah.. 


Resepi kulit/ Crepe ni aku ambik dari blog kak Azlita Aziz.. kalau korang try google resepi ni memang banyak sangat version die. tapi dah dua kali buat guna resepi kak Ita ni, memang tak mengecewakan.. 


Crepe


DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti
copy dari blog: Azlita Aziz 

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas.
Kacau rata.
Masukkan dalam blender dan kisar.
Kemudian tapis.

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat.
Panaskan hingga kuali benar-benar panas.
Oleskan sedikit minyak pada kuali.
Kemudian kecilkan api.
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe.
Adunan tak perlu di balikkan.
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat.
Buat sehingga habis.
Biarkan sejuk.


Bila dah siap buat kulit (crepe) tu, kita sediakan pulak Inti (Filling).

Resepi Filling pulak ambik kat Blog kak Izah Daut


RESEPI FILLING CREAM KASTARD
By: Kak Zu semanis gula
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)


200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat. (saya pon tambah 1sb tepung kastard)

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin


 


rasa die sama cam ice cream.. nyumm..nyummm.. :)

so, Bagi korang yang nak mencuba tu.. selamat mencuba ye.. bubbye!


Have a Nice Day!

2 comments:

Nur-nba said...

Nampak sedap.. Teringin nak buat juga..

Namee Roslan said...

omg cik ida!! memang saya tengah cari recipe ni ! hihi. sedap sgt ! hari tu makan, tapi mcm ketagih dah.