CERITA DAKU

Saturday, February 09, 2013

Di Sebalik Ayat Orang Perempuan

Asalamualaikum..


Hai.. hai.. selamat weekend semua.. weekend panjang nampaknya kita kali ni ye.


Office saya start cuti 08-12hb ni. bolehlah kemas rumah (tak habis2 kemas rumah} kan? actually, our planning nak pergi Port Dickson berdua dengan incik MJ, tapi keluarga besar ipar duai nak datang jenguk kita orang pulak time cuti-cuti ni. so, niat untuk ber honeymoon sakan untuk kali yang ke-entah berapa puluhnya ni terpaksa kita tunda dulu. utamakan keluarga. betul ke tidak?


hurm.. ok, kali ni saya nak kongsikan satu email yang saya dapat dari rakan milis dalam yahoo grup. 


orang perempuan ni kan, sebenarnya suka cakap berbunga-bunga. suka cakap berbelit-belit. kena corner kiri kanan dulu baru sampai kat tujuan. kadang perkataan yang di keluarkan jauh berbeza dengan maksud yang nak di sampaikan. Sebagai contoh, baca perenggan kat bawah ni.


Home IIby ~KayleighJune




1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?



2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!




3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, yek. 


Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.




4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.


5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... 

Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja. 

Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?


7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla... 

Makna tersembunyi : Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.


8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? 

Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.


9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. 

Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. 

Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 




Ini cuma contoh saja.  





so, korang sebagai orang lelaki kena faham ye apa yang makna disebalik perkataan yang pasangan korang sering ungkapkan.


saya pon actually selalu gak cakap corner-corner ngan Incik MJ. lain yang saya cakap lain yang saya maksudkan. dan Incik MJ pulak jenis yang direct to the point. apa yang saya cakap, itu yang dia faham. bahasa bunga-bunga or bahasa sindiran sikit pon dia tak faham.

contohnya, bila dia offer saya beli baju saya akan kata tak payahlah padahal dalam hati.. "tak payah kat sini, kat tempat lain lagi banyak murah dan cantik-cantik". tapi MJ tak faham. so, bila saya kata tak payahlah. bagi MJ means Tak Payah beli langsung. Offer automatically BATAL. huhuhuhu.. LURUS betol!



Xoxo,
Ida

4 comments:

Mia Kassim said...

Lelaki mmg cmtu selalu mo ckp direct to the point....pompuan selalu bg pembayang2 sbb malu mo ckp trus....

laskar pelangi said...

Tersangatlah betul.Perempuan ni suka kias kias.Tapi, lelaki ni kadang kadang lembap sikit nak faham maksud perempuan. Hihihi =D

Nurul Hidayah said...

so ape kata kalau kite ikut style depa lak.. cakap direct to the point ja.. haha :P

Ida Firdausi said...

Mia: betul tu mia. Susah betul cakap dengan lelaki ni.. lurus bendul betul.

Laskar pelangi: tu la.. kita cakap berkias dan berlapik tapi orang lelaki ni susah nak faham.. lain kita cakap, lain yang dia faham. Haih.

Nurul hidayah: hihhi.. pompuan dah terbiasa kot cakap berkias, susah sikit kalau nk cakap direct to the point.. :)