CERITA DAKU

Saturday, April 20, 2013

RESEPI: PIZZA ROTI SARDIN GARDENIA

Asalamualaikum!


Hai.. hai..
hari ni nak kongsi resepi boleh tak?

camnilah jadinya bila kau nak update entry, tapi macam tak tahu nak cerita apa. 
Last-last, capai henset burok, buka folder camera and update resepi yang kau dah pernah buat.


macam hari-hari yang lain. ni lah modal breakfast saya dan incik suami. roti dan roti. bila dah bosan buat roti bakar, kita buat pula roti sardin. bosan dengan sandwich kita buat la pula roti ala-ala pizza. nak makan pizza 'real' punya tak mampu, so kita homemade kan je la roti pizza kita ni.


Pasal rasa memang tak payah nak tanyalah. jauh dari pizza Hut or Domino's Pizza tu. tapi kalau sekedar nak buat alas perut di pagi hari, bolehlah cuba buat. bahan-bahan pon tak lah susah nau nak dapat..


Resepi ni dapat dari FB. Dah selalu buat tapi baru kali ni teringat nak postkan kat sini. Jom kita terjah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pizza roti ni.


  PIZZA ROTI SARDIN GARDENIA
Oleh:Naimah Md Ludin
 

Bahan-Bahan

6 keping roti gardenia
butter/planta
3 batang sosej
4 keping keju apa2 jenama pun boleh
1 biji bawang besar (potong bulat nipis2)
2 tin kecil sardin
serbuk lada hitam
secubit garam
*perahan limau nipis (kalau xnak bau sardin kuat sgt)







Cara:


-masukkan sardin dalam kuali dan masak sampai hampir kering sos sardin tu...perasakan garam dan masukkan perahan limau nipis. kemudian hancurkan isi sardin.


-sapukan roti dengan butter/planta dan susun dalam grill pan vantage


-tuang sardin ata s susunan roti 


-taburkan hirisan bawang besar


-susun kepingan sosej yg di potong nipis


-carikkan kepingan keju dan tabur sesuka hati


-tabur serbuk lada hitam


-tutup grill pan dan bakar dengan api paling kecil selama 10 mnt @ sampai keju cair.


sedia hidang..sedap dimakan panas2..rangup2 gitu...


selamat mencuba... :)





 

Tadaaaaaa~~~ Ni hasil pizza roti sardin saya. pergghh! tengok keju yang mencair tu rasa macam nak buat lagi la.. nyummy!



*If korang takde Pan Vantage/ kuali ajaib tu, boleh panggang dalam oven. guna suhu yang rendah ye. hurmm korang setlah masa yang sesuai. sebab lain Oven lain suhu nya. kalau Oven cinonet saya tu, saya 'setkan' suhu 120'c dan panggang selama 3 minit. siaaap!*










Happy Weekend,
Ida

5 comments:

Cik Ezy said...

nmpk sedap~

Hanis Nizam said...

yummyyyyyyyyyyyyyyy cam sedap and simple je. boleh try buat ni. bawak g picnic ke best jugak. thanks for sharing.

Ann@zanyra said...

menarik!blh try ni..tq share;)

Namee Roslan said...

namee pernah buat dulu time belajar kemahiran hidup kat sekolah ! hehe. serious lagi sedap dr makan pizza betul kan. hehe :D

Fatin Nadya said...

senang nye. nnti nk try lahh.. thanks for the resepi =)