Thursday, June 27, 2013

RESEPI: DAIM CHESSECAKE

Asalamualaikum.



Hari ini saya nak kongsikan resepi Daim Chessecake yang sangat sangat mabelesss..


Al-kisahnya, last weeks ada budak baru balik honemoon kat Langkawi and bawa balik ole-ole sorang sepaket coklat daim. Nak makan macam tu je muak pulak. so kita buat dua jenis cake. yang satu tu Daim cake ala-ala Ikea kononya (resepi kat sini). even tak pernah pijak lagi lantai Ikea tu kan.. tapi bajet nak buat juga. so, jangan tanya pasal rasa sebab yang kek yang Original from Ikea tak sempat nak jamah lagi. ni pon belajar buat sambil tengok kat youtube. hehehe. tenks youtube.



Ni Bahan Utama YAng Digunakan. Takde daim Takdelah nama kek ni Daim Chessecake kan?



Gigih ko melenyek biskut Marie ni sebelum di masukkan dalam Food Processor.


 Ok. Now mari kita semak resepi yang saya guna untuk membuat kek ni.. (ayat skema)


Base / Dasar Biskut

150gm biskut Marie perisa Coklat
30gm mentega buttercup di cairkan


Bahan Kek Keju

260gm krim keju Anchor - suhu bilik
50gm gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon (Sunquick) atau kalau takde ambil je dua sudu kecik Lemon Emulco.
100ml UHT whipping cream
100gm coklat Daim di cincang kasar


Topping Chocolate Ganache

100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream


Hiasan :   Almond Nibsyang di panggang sekejap.
Loyang : Loose Base Tin 7"

 *Coklat Daim ni boleh ganti dengan Coklat Brand lain like snickers, toblerone, Dairy Milk atau yang sewaktu dengannya.


Cara-cara :

1.  Kisar biskut Marie hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal.  Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat.  Bakar selama 10 minit pada suhu 150C.  Biarkan sejuk dahulu.



2.  Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati.  Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.


3.  Masukkan coklat Daim yang di dadu, kaup balikkan hingga rata.  Kemudian tuang ke atas dasar biskut Marie.



4.  Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
 - Kalau tak nak guna stail Brain Marie pon boleh. Just bakar dengan suhu 140'c selama 45 Minit.



5.  Tutup api ketuhar,  Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.


6.  Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.


 7.  Topping :  Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau  hingga coklat larut.  Angkat dan biarkan suam.


8.  Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan  Almond Nibs yang dah dipanggang sekejap.



TADDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDAAA!!!










Saya akui saya ni tak bijak sangat nak ambil gambar makanan atau orang selalu kata FOOD STYLISH.. janji nampak rupa chessecake sudah.. hekhok.

Ini lah hasil Kek Saya. Ofismate kata sedap.. Saya suka masak bila ada yang suka makan. rasa sangat berbaloi bila tengok loyang kek licin dan bersih..  Selamat Mencuba!



Love, 
Ida

Post a Comment